SEINDAH MAWAR BERDURI

Sunday, November 7, 2010

PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN DIRIMU....



JANGAN BANGGA SANGAT DENGAN PAKAIAN YANG CANTIK, BERJENAMA DAN MAHAL,TIDAK PERLU UNTUK BERMEGAH-MEGAH SEKIRANYA PAKAIAN YANG DIPAKAI SEHINGGA MENDEDAHKAN AURAT YANG WAJIB DITUTUPI KEPADA YANG BUKAN MUHRIM KERANA PAKAIAN YANG TERAKHIR KITA NANTI ADALAH KAIN KAPAN YANG AKAN MELIPUTI JASAD INI.

JANGAN BANGGA DAN ACTION SANGAT DENGAN KENDERAAN MEWAH,SEHINGGA PERATURAN JALAN TIDAK DIPATUHI KERANA KENDERAAN TERAKHIR KITA ADALAH VAN JENAZAH DAN PAPAN KERANDA YANG AKAN MEMBAWA KITA KE DESTINASI TERAKHIR.DUNIA AKAN DITINGGALKAN,AKHIRAT JUA TEMPAT YANG KEKAL…

JANGANLAH TERLALU SERONOK DENGAN TEMPAT TIDUR YANG EMPUK DAN NYAMAN KERANA TEMPAT TIDUR TERAKHIR KITA ADALAH LIANG LAHAD YANG MANA BANGUN TAHJUD PUN AGAK JARANG..MUHASABAH2X

JANGAN PULA EGO DAN BONGKAK KERANA MAMPU MEMILIKI RUMAH MEWAH SEPERTI ISTANA, KITA KENA INGAT, RUMAH TERAKHIR KITA NANTI ADALAH KUBUR BERTIANG DUA YANG AKAN MENJADI TEMPAT TINGGAL KITA..WAKTU INI RUMAH YANG BESAR TIDAK ALGI MENJADI KEBANGAAN…

JANGAN TERLALU MEGAH DENGAN PANGKAT DAN DARJAT, KERANA BILA SUDAH TIADA NANTI, KITA DAPAT GELARAN AL-MARHUM JUGA AKHIRNYA..KITA AKAN DIPANDANG TINGGI APABILA KITA MENJADI PEMIMPIN YANG MENGAMALKAN AJARAN ISLAM DENGAN SEBAIKNYA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL SUNNAH

JANGANLAH TERLALU BANGGA DAN BERLAGAK DENGAN WAJAH YANG KACAK ATAU CANTIK,KERANA BILA KITA MATI NANTI,WAJAH ITU AKAN BERUBAH MENJADI TENGKORAK.SUDAH TIDAK LAGI MENJADI KEBANGGAN BUAT DIRI YANG SERING MENGEJAR KECANTIKAN PARAS RUPA DARIPADA KECANTIKAN AKHLAK..

ayuh..muhasabah diri!!!

Wednesday, October 20, 2010

RAHMAT ALLAH ITU LUAS


Pandanglah ke bwah
utk sedar nikmat yang melimpah
pndglah ke ats
utk insaf amalmu yg tbtas
moga di situ nnti tkut dan hrpmu bersemi

Kekadang mhmudah x dpt dcpai dgn amlan
tp harus dtempa oleh krikil ujian
seringkali kealpaan dan mazmumah diri
dperingatkn oleh ksmpitan rezeki

Sejauh mna kta mngsihi mnusia
dbatasi oleh seutuh mana ksih kita pd yg ESA
hitung kesyukurnmu....
bkan kskranmu

Kkdang TUHAN mnyempitkan...
agr engkau x hnyut dlm ksnangan
kkdang DIA mlpngkan...
agar engkau x slalu dlm ksmpitan
kkdang DIA mlpaskn kau drpd kedua2nya
agar engkau x b'gantung kpada
ssuatu selainNya

sumber:buku(di mana DIA dhtiku)
by ust pahrol mohd juoi

Thursday, September 30, 2010

SALAM AIDILFITRI & SALAM SYAWAL


SYAWAL


Mentari putih menghulurkan Syawal
lalu kita kupas tentang kemenangan
semalam yang rindu
berjuang dengan peribadi
dalam terik siang memamah sabar
dalam sunyi malam menghimpun doa
kita berlari di atas lajur diri
melakar refleksi hati
membina kuntuman minda
mencari hakiki di sebalik rahsia
yang tersembunyi dalam album hayat
bersama zikir iman
dan munajat kemanusiaan
bersusun di tangga waktu
pengembara yang biru.

Putihnya mentari Syawal
melukis manisnya potret pagi
ruang pun bersatu
mengembalikan segala janji
bertemu di laman kasih
menghimpun senyuman yang restu
maaf yang pasrah
di Syawal yang indah.

Solihin Osman



Semoga kita sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNya...

Teruskan beramal untuk meraih redha Allah~

Thursday, September 2, 2010

MALAM ISTIMEWA...KU MENCARI....


AYUH MENCARI.........BUKANNYE MENANTI......

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. - mks. _

Andainyaini ramadhan terakhir bagi ku
Ku harap ia membelaku di akhirat nanti

SUMBER : HARAKAH

Tuesday, August 10, 2010

Salam RamaDHan


Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Jikalau hamba Allah mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan, pasti mereka bercita-cita agar bulan-bulan yang ada sepanjang tahun itu adalah bulan Ramadhan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang menjanjikan peluang kepada kita untuk menjadi hamba yang terbaik..insyaAllah...ameen


SELAMAT BERAMAL SAHABAT

Saturday, July 17, 2010

REHLAH HAWA: ERTI PERSAHABATAN




Kenangan di Pantai Irama Bachok


Erti Persahabatan

Bagaimana bisa ku nilai persahabatan?
tak terjangkau tanganku untuk menggapainya,
mindaku juga sering keliru memikirkannya,
begitu juga lidahku yang kerap kali kelu,
semakin ku fikirkan, semakin bercambah pertanyaan,
entah bagaimana untuk ku temu jawapannya.

Cukupkah persahabatan jika harta jadi cagaran?
yang kaya pasti berteman dan yang miskin dicemuh,
Atau yang bercambah disebalik kuasa digenggaman,
pasti dikelilingnya teman yang bisa berdampingan
apakah persahabatan itu penceria suasana?
ataupun penglipur lara tatkala bersedih,

Teman itu yang bisa membuat hati senang
tapi ku tak mahu yang membiarkanku terleka
Jika begitu, yang sering menegur itulah teman
menegur hingga ku bisa terluka dan bersedih?
ku tidak pasti bisakah ku menanggungnya,
kerana itu perlunya bil hikmah.

Lantas bagaimana harus ku kenal mereka,
teman mahupun yang mengambil kesempatan,
teman itu bisa kau kenal sepanjang hidupmu,
kau melihat, menghayati dan menilai mereka,
tak semestinya teman itu sentiasa bersamamu
tapi semangatnya itu sentiasa mengiringimu

aku sahaja yang inginkan teman yang baik,
mungkin indah impian ini buat diriku,
tapi persahabatan itu bukan untuk seorang sahaja,
mereka juga inginkanku sebagai teman mereka,
itu cagaran biasa dalam berteman,
dan ku juga harus menjadi teman yang baik.

Luahan hati jacknaim
didedikasi buat semua teman
JACKNAIM
[ http://jacknaim.blogspot.com ]





Wednesday, July 14, 2010

Cerita Sang Naqibah..

Kisah ni ana terbaca dalam blog seorang muslimat..bacalah untuk renungan bersama..khas untuk insan bergelar naqibah....

Aku amat tertarik untuk mengetengahkan topik ini sekali lagi. Terima kasih kepada sahabatku, Pearl Mutiara dan Nix atas komentar yang diberikan untuk entry ‘Aduhai Naqibah’.

Cerita Sang Naqibah ku mulakan dengan membawa pembaca mengenali watak sahabatku yang ku gelarkan sebagai Miss T di sini. Miss T seorang naqibah. Mungkin empat tahun belum cukup untuk ku kenali sepenuh karekternya, namun satu perkara yang ku cukup pasti Miss T naqibah penyayang. Penyayangnya bukan kepura-puraan.

Miss T kalah berbicara. Miss T tak pandai berpidato. Miss T banyak diam. Namun, Miss T kaya rasa ikhlas. Pernah suatu ketika anak usrah Miss T sakit. Bukan sehari dua, banyak hari sakitnya dan banyak pulak ragamnya. Namun, aku cukup kagum kerana yang terus sahaja bersabar melayan dan merawat bukanlah teman sebilik anak usrah tersebut, tetapi Miss T. Miss T tekun mengurut, membuat air, menjaga sehingga anak usrahnya lena. Naqibah-naqibah lain ada membantu tetapi tidak sesabar Miss T.

Ku teladani lagi Miss T dan anak usrahnya yang seorang ini. Miss T nasihat, anak usrahnya mendengar. Miss T bergurau, anak usrah bertambah sayang padanya. Miss T menegur, anak usrahnya lunak menurut. Sehingga terbukti anak usrahnya sekarang menjadi salah seorang ‘amilin yang hebat gerak kerjanya. Kalau ditanya padaku, apakah penyumbang kehebatan gerak kerja anak usrah tersebut, akan kujawab keikhlasan Sang Naqibah dalam mendidik anak usrahnya. Keikhlasan Miss T memang tidak tertulis di mana-mana, tetapi ianya terpancar pada wajah dan perlakuannya.

Nak tau cerita Sang Naqibah yang lain? Ada seorang naqibah yang ku kenali sangat pandai berhujah. Ramai anak usrah tertarik dan merasa enjoy untuk berusrah dengan naqibah ini. Tambahan pula, naqibah ini kreatif orangnya. Pelbagai cara dibuat untuk menjadikan halaqah yang dibuat tidak bosan. Kadang-kadang dia akan menayangkan video dalam usrahnya, kadang-kadang dia akan membuat peta minda bersama anak usrahnya. Bahkan, naqibah ini selalu menyediakan modul-modul permainan untuk dikongsikan bersama anak usrah. Pendek kata, naqibah ini akan sentiasa berusaha membuat pelbagai method penyampaian supaya halaqahnya bersama anak-anak usrah halaqah yang menarik.

Namun, taqdir ALLAH mengatasi segala perancangan. Tiada seorang pun daripada anak usrah tadi berminat untuk menyambung tugasan da’wah. Dinasihat tidak mahu, dipujuk tidak hendak, dirayu tetap menolak. Sang Naqibah berasa sedih. Di mana silapnya dalam mendidik anak-anak usrahnya? Sang Naqibah bermuhasabah. Katanya, dia naqibah kurang ikhlas. Katanya lagi, dia mungkin bijak menyampaikan ilmu, tetapi tidak dalam mempengaruhi hati mad’u.

Oh, aku ada satu lagi cerita Sang Naqibah. Pernah anda mendapat mad’u yang menangis apabila anda sebagai naqibah secara tidak sengaja tidak mempedulikan kehadirannya? Jika ya, anda sangat beruntung. Dan aku pula beruntung kerana berpeluang mengenali naqibah ini. Sang naqibah yang ku maksudkan sememangnya mempunyai pakej yang hampir lengkap sebagai naqibah. Dia petah berhujah. Dia rajin menambah ilmu, apa sahaja koleksi buku dan bahan bacaan yang dimiliki pasti akan habis dikhatamkan. Dia juga cakna mad’u. Masalah-masalah yang dihadapi mad’u seboleh mungkin dia membantu walaupun kemungkinan dia tidak mampu. Dan aku pernah mendengar esak tangisnya ketika dia sujud di sepertiga malam. Siapa lagi yang didoakannya kalau bukan anak-anak usrah yang dikasihi selain keluarga,murobbi dan sahabat-sahabatnya?

Tidak hairanlah anak usrahnya begitu. Rupa-rupanya jiwa mereka diikat kerana ALLAH yang Satu. Bagaikan ada satu tali yang maha halus menghubungkan kasih mereka. Bukankah mereka yang berkasih sayang kerana ALLAH bakal mendapat naungan di akhirat kelak? Lihat kini, jangan kan di akhirat, di dunia sahaja ALLAH memberikan ni’mat sebegitu rupa. Subhanallah walhamdulillah.

Demikianlah tiga kisah Sang Naqibah yang mampu ku ceritakan. Banyak rupanya karektor-karektor yang harus dijiwai untuk mereka yang bergelar Sang Naqibah. Aku sendiri tidak mampu untuk menjadi naqibah yang berdedikasi lantaran ego dan dosa-dosaku ini. Wahai diri! Wahai naqibat! Sudahkah kita mengkoreksi diri untuk bersedia melakukan yang terbaik bagi memikul amanah ini?

Kita bukan siapa-siapa, tetapi kita adalah hambaNYA yang sedang mengembara menjejaki redha Tuhan. Bersediakah kita menjadikan jalan Sang Naqibah sebagai salah satu jalan untuk mencapai mardhatillah?


"MUSLIMAH SOLEHAH"