SEINDAH MAWAR BERDURI

Tuesday, August 2, 2011

Salam ramadhan kareem..

Salam ramadhan buat semua...mge ramadhan kali ini membawa makna kepada kita semua..sama2 kita pertingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini...insyaAllah...

Tarbiyyah diri, shbt n keluarga sempena ramadhan...ayuh!!

Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. katanya:

“Pada malam pertama bln Ramadhan dirantai syaitan, dikunci pintu neraka dan tidak dibuka
pintunya, dan dibuka pintu syurga dan tidak ditutup pintunya, malaikat menyeru: Wahai mereka mengharapkan kebaikan, majulah! Wahai yg mahukan kejahatan mundurlah” (Riwayat Tirmizi).

Marhaban ya Ramadhan....slmt menunaikan ibadah puasa kpd sume umat Islam ...=)

Saturday, June 18, 2011

KEKASIH ALLAH



WAHAI KEKASIH ALLAH..

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya

*
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira
Diakhirat kita dah bersua..
****************************************************
Antara lagu yang boleh menyebabkan air mataku mengalir laju,..
SEDIH...RINDUKU PADA RASULULLAH.

Friday, May 20, 2011

Pemilik Cintaku




Sudah tentu ada antara sahabat2 kita yang belum membaca buku ini..betul tak??..so, that's why, ana syorkan shbt/iah semua untuk membeli buku ini atau meminjamnye dgn sape2...isi kandungannya sungguh padat, istimewa dan sgt memberi pengajaran kpd kita semua...bacalah dgn mata hati dan telitilah setiap bait2 perkataan yang tertulis dalam buku yang penuh inspirasi ini...insyaAllah boleh diamalkan....ayuh tingkatkan pembacaan, perkasakan amalan...=) sma2 memberi motvasi antara sahabat..

Tertarik dgn bingkisan ini...

buat adik2 remaja yang baru nak mengenali cita,ketahuilah bingkisan dalam buku ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh trut kau miliki......

sekian....





Monday, May 16, 2011

HARGAI DIRIMU..........SELAMAT HARI GURU



nukilan: Subiyana Abd Wahab



Pendidik yang baik ialah pendidik yang beriman

Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah

Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang ketinggian ilmunya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah jemu dan bosan dalam menimba dan mencurah ilmu



Pendidik yang baik ialah yang lunak dalam tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kepada manusia lainnya

Yang mempunyai ramai kawan di serata alam



Pendidik yang baik ialah yang menghormati anak didiknya

Yang sentiasa berbakti kepada masyarakat sekelilingnya

Yang menjaga keharmonian anak bangsanya

Yang mendidik anak bangsa mendalami ilmu pengetahuan

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Pendidik yang baik sentiasa bersedia untuk mencurahkan ilmunya

Yang hidupnya sentiasa mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang anak didiknya ibarat jiwa dan raganya

Yang sentiasa bersujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya



Pendidik yang baik tidak tahu membazirkan masa

Kehidupannya dikelilingi lautan ilmu

Biarpun sudah di usia senja

Digagahi juga demi anak bangsa



Untukmu pendidik yang baik

Untukmu pendidik yang beriman

Doaku moga keikhlasanmu mencurahkan ilmu

InsyaAllah akan dituai hasilnya di akhirat sana…..




Pemenang Pertama

Peraduan Menulis Puisi Edux2000

Wednesday, March 9, 2011

Terus Menerus Mengingati Rasulullah S.A.W

Apa khabar iman shbt?Mge baik hendaknya ye..insyaAllah...=)

Kali ini satu perkongsian untuk shbt mengenai pengisian yang telah ana peroleh semasa mengikuti ceramah Ust Shahir Long sempena sambutan Maulidur Rasul....sama2 kita kongsi insyaAllah..

Ust ni merupakan ust yang sangat popular. Beliau sgt suka kpd "talk" iaitu menyampaikan dakwah dan beliau sgt berpengalaman dalam medan ini..pelbagai ragam manusia, pelbagai bentuk mehnah dan ujian yang beliau tempuhi, namun beliau tetap terus bersemangat dalam usaha menegakkan kalimah tauhid...Allahuakbar...!!moge kite jua diberi kekuatan ini walaupun kita akui bahawa kita insan yg sgt lemah dan sgt memerlukan pertolongan Allah S.W.T.

Dalam ceramah ini, beliau banyak menyampaikan input berdasarkan dalil al-quran dan hadis...sgt kagum dengan ust ini..mampu menghafal ayat-ayat Allah dengan begitu baik sekali dan hujahnya sangat mantap...subhanallah..mungkin ana akan berkongsi satu input penting yang terdapat dalam crmh beliau..menarik untuk dikongsi bersama..

Firman Allah S.WT dalam surah Ali Imran ayat 31:

Maksudnya: Katakanlah (Muhammad), Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Tafisrnya di sini dapat kita rungkaikan bahawa "JIKA KITA CINTA ALLAH, IKUTLAH NABI MUHAMMAD S.A.W, MAKA NESCAYA ALLAH JUA MENCINTAIMU" insyaAllah..
tapi bagaimana yang dikatakan ikut Nabi Muhammad S.A.W.??? Ikut Nabi Muhammad S.A.W di sini bermaksud kita mengikut sunnah Nabi S.A.W kerana Allah S.WT...

Sunnah Nabi S.A.W yang WAJIB kita ikuti ialah melaksanakan hukum-hukum Islam yang tersedia terkandung dalam kitab suci al-quran.. (shbt2 boleh rujuk surah al-qasas ayat 85)... Namun jikalau kita lihat pada hari ini, sejauh mana negara-negara Islam mengikut sunnah Nabi S.A.W yang tersangat penting ini (WAJIB)???!!sejauh mana???

Wahai manusia!!Ingatlah!!
hukum yang dibuat oleh manusia tidak akan ke mana...tidak akan ke mana...hanya bersifat biasa dan merosakkan umat Islam itu sendiri tanpa disedari...siapakah kita untuk meragui ayat-ayat Allah???!!!!siapakah kita untuk melawan kalamullah????siapakah kita ????adakah hukum yang sedia ada sekarang ini menjamin keselamatan kita...tepuk dada, tanyalah iman masing-masing...
Sunnah ini dipandang enteng oleh golongan -golongan tertentu...Tidakkah terfikir di hati dan benak fikiran kalian akan azab Allah S.W.T...???kita lemah , kita kerdil!!!...jangan angkuh wahai manusia!!kelak kamu akan rugi....

astaghfirullahazim...sedarilah wahai hamba-hamba Allah, hidup kita ini hanya sementara..kematian pasti bertandang....namun siap sediakah kita menghadap Allah S.W.T pencipta sekalian makhluk...?? sudah siap??

ayuh pertingkatkan amal ibadah untuk lebih dekat dgn Allah S.W.T.. ikutilah sunnah Rasulullah, kekasih Allah...=)

salam muhasabah...



Thursday, February 17, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar....


Aku sgt mencintai shbt2 dan ahli keluargaku...sgt mencintai...di kesempatan nadiku masih berdenyut, di saat ku masih boleh bernafas, di saat ku masih boleh berbicara, ku ingin sampaikan nasihat yg sudah lama terbuku di lubuk hati ini...shbt, sama2 lah kita muhasabah,...jauhkanlah diri kita dgn maksiat, jauhkan diri kita dgn benda2 yg tidak berfaedah, jauhkan..jauhkan shbt...aku tidak mahu org yg dekat dgnku terleka dgn dunia yg penuh dgn tipudaya syaitan....shbt...sama2 kita muhasabah dgn sentiasa mengingati mati, ingat pd Allah...peringatan utk diriku jua yg sgt lemah iman..sgt lemah...sma2 kita kuatkan diri masing2.....=)ayuh!!!

sama2 kita renungi video ini...sgt menyentuh hati...smge ia dpt menyntuh jiwa shbt jua....insyaAllah....




Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar..................................sgt tinggi cinta Nabi pd kita...tp kita???

salam maulidurrasul......Muhammad pemimpin kita semua...



YA RASULULLAH..................

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu