"Dunia adalah perhiasan semata-mata. Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah" (HR Muslim)
SEINDAH MAWAR BERDURI
Friday, May 28, 2010
HIKMAH DI SEBALIK TOLONG MENOLONG
Kehidupan manusia di seluruh pelosok alam ini tidak dapat lari dari suasana dan keadaan yang berbeza-beza, iaitu ada yang kaya, miskin, kuat dan lemah tubuh badan, ada yang sihat dan ada yang sakit, ada pula yang tua dan ada pula yang masih muda, ada yang alim dan ada yang jahil. Golongangolongan ini sentiasa berhajat dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Sebab itulah agama Islam amat menggalakkan setiap orang Islam sama ada lelaki ataupun perempuan supaya memberi pertolongan kerana perbuatan itu merupakan suatu kemuliaan yang amat penting dalam kehidupan harian, dan juga setiap pekedaan. jadikanlah pertolongan itu sebagai satu sifat kebiasaan dalam pergaulan. Oleh itu berilah pertolongan-pertolongan yang diharuskan pada syarak. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan pertolongan terhadap amalan-amalan kebaikan yang memberi manfaat kedua-dua belah pihak semasa hidup di dunia dan juga di akhirat nanti, seperti firman Allah s.w.t.:
“Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali kaii kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat.” (Surah Al-Maidah: 2)
Apa yang menggembirakan kita hari ini ialah kebanyakan orang suka bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh kebanyakan kita yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda sering memberi pertolongan kepada mereka yang berjalan kaki membawa bersama barang-barang keperluan yang berat dijinjing saban hari. Bantuan yang dihulurkan ini dapat meringan dan menjaga kesihatan si miskin untuk menyambung kehidupan di hari muka dan menjamin tanggungiawabnya terhadap anak anak yang masih kecil. Gambaran ini alangkah bahagia andainya keseluruhan tanggungjawab sebagai amanah menjadi kenyataan tanpa kekeliruan dalam masyarakat.
Hal ini amat perlu diambil perhatian bagi menjaga kepentingan asas, iaitu keringanan yang membawa kepada kesihatan dalam pergaulan. Begitu juga ahliahli ilmuan yang sentiasa memberi ilmu pengetahuan di masjid ataupun melalui ceramah dan seminar, agar menjadi panduan dalam kehidupan yang lebih bermakna dan bernilai serta diredhai Allah. Manakala orang yang mempunyai kelebihan rezeki akan memberi pertolongan kepada anak-anak yatim dan orang miskin dengan memberi sedekah. derma, hadiah seperti wang ringgit ataupun makanan dan pakaian yang disumbangkan dari penghasilan harta mereka yang melimpah ruah setiap masa. (Rujuk Al-Qurthubi, T.Tarikh. hlm. 2034-2035)
Begitulah hendaknya dalam kerukunan hidup di dunia, sentiasa memberi pertolongan kepada yang memerlukan semoga Allah memberi pertolongan kepada orang yang bersifat pemurah agar dia mendapat kelapangan di dunia dan akhirat. Pertolongan beginilah yang dituntut oleh syariat Islam supaya hidup ummah sentiasa terjamin dan kukuh melalui tolong-menolong serta mengeratkan persaudaraan dan merapatkan silatulrahim yang disertai ganjaran pahala dari Allah yang tidak terhingga.
Keadaan tolong menolong dan kerjasama begini sentiasa dituntut supaya kebaikan itu sedia terpancar dari keperibadian seorang muslim berdasarkan kata kata imam Malik:
‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlibatkan kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya.’
Hikmah Tolong Menolong
Tolong-menolong dapat memberi keringanan antara satu sama lain. Di samping itu tolong menolong juga dapat mengeratkan kasih sayang yang dipupuk di sebalik pekerjaan yang sama sama dilakukan, serta mewujudkan sikap saling hormat menghormati di antara individu dalam masyarakat. Maka dengan demikian suatu ummah itu dengan sendirinya akan kukuh dan dipandang mulia oleh bangsa lain. Berdasarkan apa yang dimaksudkan oleh Imam Malik tadi, seseorang itu tidak boleh mengabaikan pertolongan terhadap orang lain melainkan dia hendaklah memulakan terlebih dahulu akan segala kebaikan sebelum orang lain melakukan kebaikan kepadanya. Rasulullah s.a.w. amat gembira sekiranya umat Islam dapat memberi pertolongan dan menjamin kesempitan ekonomi orang lain dalam mengharungi kehidupan yang serba gawat, sepertimana satu kisah yang terjadi pada Rasulullah sendiri yang menceritakan keadaan kegawatan terhadap satu kaum.
Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, keadaan ekonomi sangat lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut. Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian danjuga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri dari pada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata, "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:
‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.’ (Riwayat Muslim)
Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang kesusahan dalam, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus kehidupan, serta membasmi kerniskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian ataupun wang ringgit.
Balasan Tolong Menolong
Tolong-menolong merupakan satu ibadat dalam kehidupan muslim yang sangat digalakkan oleh syariat Islam ke arah memberi pertolongan secara ikhlas dan Allah memberi ganjaran yang sama di akhirat seperti mana tersebut dalarn hadis Rasulullah s.a.w.:
‘Orang Islam adalah bersaudara sesama Islam tidak boleh menzaliminya dan membeban sesuatu yang memberatinya dan siapa yang menunai sesuatu hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan sesuatu bala orang Islam, Allah akan melepaskan segala bala kesusahannya di akhirat, dan sesiapa yang menutup keaiban mana-mana orang Islam Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.’ (Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas difahamkan betapa besar ganjaran orang-orang yang suka memberi pertolongan kepada orang lain, sekiranya pertolongan itu adalah ikhlas kerana Allah. Di samping itu juga sedap pertolongan yang diberi perlu ada sifat ihsan, baik hati dan lemah lembut berserta dengan perasaan kasihan belas, kerana ini akan membawa kepada sikap bertanggung jawab, tidak angkuh dan ini merupakan kriteria orang orang yang berakhlak mulia, sepertimana yang digambarkan melalui sifat dan akhlak Rasulullah s.a.w.
‘Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu ialah sepertimana yang terdapat dalam al-Quran.’ (Riwayat Bukhari Muslim)
Dan seperti mana akhlak yang tersebut dalam hadis im merupakan satu akhlak yang tinggi di sisi Allah dan dijanji ganjarannya di hari kiamat serta lepas segala balajuga apa-apa rintangan di hari pembalasan. Untuk mendapat semua yang tersebut tadi kita mesti melaksanakannya dengan penuh kesabaran, andainya ada tersilap atau tersalah dari segi cakap atau tutur kata yang tidak sengaja mestilah dimaafkan kerana sifat kemaafan ini semulia mulia sifat dalam Islam, orang yang bersifat pernaaf juga amat mudah dimustajabkan segala doanya oleh Allah, kerana dengan sifat pemaaf ini ia tidak pernah menzalimi atau menginaya orang lain.
sumber:kisah-kisah anbia
Subscribe to:
Posts (Atom)