SEINDAH MAWAR BERDURI

Saturday, July 17, 2010

REHLAH HAWA: ERTI PERSAHABATAN




Kenangan di Pantai Irama Bachok


Erti Persahabatan

Bagaimana bisa ku nilai persahabatan?
tak terjangkau tanganku untuk menggapainya,
mindaku juga sering keliru memikirkannya,
begitu juga lidahku yang kerap kali kelu,
semakin ku fikirkan, semakin bercambah pertanyaan,
entah bagaimana untuk ku temu jawapannya.

Cukupkah persahabatan jika harta jadi cagaran?
yang kaya pasti berteman dan yang miskin dicemuh,
Atau yang bercambah disebalik kuasa digenggaman,
pasti dikelilingnya teman yang bisa berdampingan
apakah persahabatan itu penceria suasana?
ataupun penglipur lara tatkala bersedih,

Teman itu yang bisa membuat hati senang
tapi ku tak mahu yang membiarkanku terleka
Jika begitu, yang sering menegur itulah teman
menegur hingga ku bisa terluka dan bersedih?
ku tidak pasti bisakah ku menanggungnya,
kerana itu perlunya bil hikmah.

Lantas bagaimana harus ku kenal mereka,
teman mahupun yang mengambil kesempatan,
teman itu bisa kau kenal sepanjang hidupmu,
kau melihat, menghayati dan menilai mereka,
tak semestinya teman itu sentiasa bersamamu
tapi semangatnya itu sentiasa mengiringimu

aku sahaja yang inginkan teman yang baik,
mungkin indah impian ini buat diriku,
tapi persahabatan itu bukan untuk seorang sahaja,
mereka juga inginkanku sebagai teman mereka,
itu cagaran biasa dalam berteman,
dan ku juga harus menjadi teman yang baik.

Luahan hati jacknaim
didedikasi buat semua teman
JACKNAIM
[ http://jacknaim.blogspot.com ]





Wednesday, July 14, 2010

Cerita Sang Naqibah..

Kisah ni ana terbaca dalam blog seorang muslimat..bacalah untuk renungan bersama..khas untuk insan bergelar naqibah....

Aku amat tertarik untuk mengetengahkan topik ini sekali lagi. Terima kasih kepada sahabatku, Pearl Mutiara dan Nix atas komentar yang diberikan untuk entry ‘Aduhai Naqibah’.

Cerita Sang Naqibah ku mulakan dengan membawa pembaca mengenali watak sahabatku yang ku gelarkan sebagai Miss T di sini. Miss T seorang naqibah. Mungkin empat tahun belum cukup untuk ku kenali sepenuh karekternya, namun satu perkara yang ku cukup pasti Miss T naqibah penyayang. Penyayangnya bukan kepura-puraan.

Miss T kalah berbicara. Miss T tak pandai berpidato. Miss T banyak diam. Namun, Miss T kaya rasa ikhlas. Pernah suatu ketika anak usrah Miss T sakit. Bukan sehari dua, banyak hari sakitnya dan banyak pulak ragamnya. Namun, aku cukup kagum kerana yang terus sahaja bersabar melayan dan merawat bukanlah teman sebilik anak usrah tersebut, tetapi Miss T. Miss T tekun mengurut, membuat air, menjaga sehingga anak usrahnya lena. Naqibah-naqibah lain ada membantu tetapi tidak sesabar Miss T.

Ku teladani lagi Miss T dan anak usrahnya yang seorang ini. Miss T nasihat, anak usrahnya mendengar. Miss T bergurau, anak usrah bertambah sayang padanya. Miss T menegur, anak usrahnya lunak menurut. Sehingga terbukti anak usrahnya sekarang menjadi salah seorang ‘amilin yang hebat gerak kerjanya. Kalau ditanya padaku, apakah penyumbang kehebatan gerak kerja anak usrah tersebut, akan kujawab keikhlasan Sang Naqibah dalam mendidik anak usrahnya. Keikhlasan Miss T memang tidak tertulis di mana-mana, tetapi ianya terpancar pada wajah dan perlakuannya.

Nak tau cerita Sang Naqibah yang lain? Ada seorang naqibah yang ku kenali sangat pandai berhujah. Ramai anak usrah tertarik dan merasa enjoy untuk berusrah dengan naqibah ini. Tambahan pula, naqibah ini kreatif orangnya. Pelbagai cara dibuat untuk menjadikan halaqah yang dibuat tidak bosan. Kadang-kadang dia akan menayangkan video dalam usrahnya, kadang-kadang dia akan membuat peta minda bersama anak usrahnya. Bahkan, naqibah ini selalu menyediakan modul-modul permainan untuk dikongsikan bersama anak usrah. Pendek kata, naqibah ini akan sentiasa berusaha membuat pelbagai method penyampaian supaya halaqahnya bersama anak-anak usrah halaqah yang menarik.

Namun, taqdir ALLAH mengatasi segala perancangan. Tiada seorang pun daripada anak usrah tadi berminat untuk menyambung tugasan da’wah. Dinasihat tidak mahu, dipujuk tidak hendak, dirayu tetap menolak. Sang Naqibah berasa sedih. Di mana silapnya dalam mendidik anak-anak usrahnya? Sang Naqibah bermuhasabah. Katanya, dia naqibah kurang ikhlas. Katanya lagi, dia mungkin bijak menyampaikan ilmu, tetapi tidak dalam mempengaruhi hati mad’u.

Oh, aku ada satu lagi cerita Sang Naqibah. Pernah anda mendapat mad’u yang menangis apabila anda sebagai naqibah secara tidak sengaja tidak mempedulikan kehadirannya? Jika ya, anda sangat beruntung. Dan aku pula beruntung kerana berpeluang mengenali naqibah ini. Sang naqibah yang ku maksudkan sememangnya mempunyai pakej yang hampir lengkap sebagai naqibah. Dia petah berhujah. Dia rajin menambah ilmu, apa sahaja koleksi buku dan bahan bacaan yang dimiliki pasti akan habis dikhatamkan. Dia juga cakna mad’u. Masalah-masalah yang dihadapi mad’u seboleh mungkin dia membantu walaupun kemungkinan dia tidak mampu. Dan aku pernah mendengar esak tangisnya ketika dia sujud di sepertiga malam. Siapa lagi yang didoakannya kalau bukan anak-anak usrah yang dikasihi selain keluarga,murobbi dan sahabat-sahabatnya?

Tidak hairanlah anak usrahnya begitu. Rupa-rupanya jiwa mereka diikat kerana ALLAH yang Satu. Bagaikan ada satu tali yang maha halus menghubungkan kasih mereka. Bukankah mereka yang berkasih sayang kerana ALLAH bakal mendapat naungan di akhirat kelak? Lihat kini, jangan kan di akhirat, di dunia sahaja ALLAH memberikan ni’mat sebegitu rupa. Subhanallah walhamdulillah.

Demikianlah tiga kisah Sang Naqibah yang mampu ku ceritakan. Banyak rupanya karektor-karektor yang harus dijiwai untuk mereka yang bergelar Sang Naqibah. Aku sendiri tidak mampu untuk menjadi naqibah yang berdedikasi lantaran ego dan dosa-dosaku ini. Wahai diri! Wahai naqibat! Sudahkah kita mengkoreksi diri untuk bersedia melakukan yang terbaik bagi memikul amanah ini?

Kita bukan siapa-siapa, tetapi kita adalah hambaNYA yang sedang mengembara menjejaki redha Tuhan. Bersediakah kita menjadikan jalan Sang Naqibah sebagai salah satu jalan untuk mencapai mardhatillah?


"MUSLIMAH SOLEHAH"

Thursday, July 1, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi kerana dgn limpah dan kurniaNya, kita masih lagi mampu menikmati nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam..

"Tak Kenal Maka Tak Cinta"...ungkapan ini sangat menarik dan"popular" digunakan oleh sesetengah orang...betul tak???of course tak dapat ana nafikan..Mungkin sahabat tertanya-tanya, adakah ana ingin bermadah tentang "cinta"pada post kali ini???mungkin ya mungkin tidak...tepuk dada, tanyalah hati...hehe...(gura jah)

Post kali ini sebenarnya sudah lama ana buat tetapi ada kekangan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ana tidak dapat mengepostnye dgn kadar segera..Maaf pada sahabat yang tertunggu-tunggu tentang post kali ini. Post kali ini merupakan salah satu perkongsian buat sahabat-sahabat muslimat GPU terutamanya..Baru-baru ni, alhamdulillah kami di pihak generasi muslimat telah dapat melaksanakan Rehlah Mahabbah Muslimat GPU khas untuk adik2 muslimat MAKDIS bersama generasi yang dilaksanakan di sekolah.Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat ukhuwwah dan kesatuan antara adik2 muslimat dan juga generasi GPU...Program ini berbentuk santai dan bermakna kerana menyelitkan juga aktiviti slot taaruf, slot khas dan juga riadhah. "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" adalah tema bagi rehlah muslimat GPU buat kali pertama ini. Di bawah ni ana sertakan foto rentetan perjalanan prgram yang dilaksanakan bersama adik2 dan generasi.

Program dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya bertaaruf bersama adik2 MAKDIS..

SLOT TAARUF (11.00 pagi)


Slot ni dihandle oleh kak 'ada....adik2 agak pemalu pada mulenya...kita tanya sepatah dia jawab sepatah..hehe..biasela tu bila mula2 jumpa....tp, alhamdulillah adik2 memberi respon positif sepanjang slot taaruf..


Slot Khas Bersama Generasi (12.00 - 1.30 ptg)


Slot ni sebenarnya slot khas bersama Kak Hajar, sahabat dari Maahad..tp, disebabkan beliau tak dapat hadir, kak fath diminta utk menggantikan slot ini...slot ni lebih kepada nasihat pada adik2 tentang peri pentingya menjaga diri sebagai seorang wanita....
Disebabkan senario wanita zaman moden ni semakin teruk dan hilangnya harga diri mereka, ana terpanggil utk memberi nasihat terutama adik2 yang masih baru n masih mencari identiti mereka...pesan kami di pihak generasi muslimat, jagalah diri masing2 sebaik2nya..jaga mahkotamu wahai adik2 dan sahabat2 muslimat...

2 slot dh hbis, tibe masa utk solat berjemaah....


jom make!!!!

muka2 yg kelaparan..hehe..make jange tok make....!!

Aktiviti diteruskan dengan slot riadhah...best!!muka adik2 yg excited nk main..yeke???huhu..




Ketiga2 riadhah ini berkonsepkan pada tema riadhah kali ini iaitu "Tak Kenal Maka Tak Cinta"... kami berharap adik2 dpt hayati setiap riadhah yang dimainkan...insyaAllah..

Selepas slot riadhah, kami meneruskan lagi program ini dengan slot terakhir iaitu Majlis Penyampaian Hadiah n Majlis Wida'.."hbis main kito bagi hadioh plak"...hehe


Alhamdulillah...prgram rehlah kali ini berjalan dengan baik dengan izin Allah...syukran jazilan pada semua sahabat generasi dan adik2 muslimat MAKDIS yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan program Rehlah Mahabbah Muslimat GPU kali ini....diharapkan program seperti ni dapat dijalankan lagi pada masa hadapan...insyaAllah....