Apa khabar iman shbt?Mge baik hendaknya ye..insyaAllah...=)
Kali ini satu perkongsian untuk shbt mengenai pengisian yang telah ana peroleh semasa mengikuti ceramah Ust Shahir Long sempena sambutan Maulidur Rasul....sama2 kita kongsi insyaAllah..
Ust ni merupakan ust yang sangat popular. Beliau sgt suka kpd "talk" iaitu menyampaikan dakwah dan beliau sgt berpengalaman dalam medan ini..pelbagai ragam manusia, pelbagai bentuk mehnah dan ujian yang beliau tempuhi, namun beliau tetap terus bersemangat dalam usaha menegakkan kalimah tauhid...Allahuakbar...!!moge kite jua diberi kekuatan ini walaupun kita akui bahawa kita insan yg sgt lemah dan sgt memerlukan pertolongan Allah S.W.T.
Dalam ceramah ini, beliau banyak menyampaikan input berdasarkan dalil al-quran dan hadis...sgt kagum dengan ust ini..mampu menghafal ayat-ayat Allah dengan begitu baik sekali dan hujahnya sangat mantap...subhanallah..mungkin ana akan berkongsi satu input penting yang terdapat dalam crmh beliau..menarik untuk dikongsi bersama..
Firman Allah S.WT dalam surah Ali Imran ayat 31:
Maksudnya: Katakanlah (Muhammad), Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Tafisrnya di sini dapat kita rungkaikan bahawa "JIKA KITA CINTA ALLAH, IKUTLAH NABI MUHAMMAD S.A.W, MAKA NESCAYA ALLAH JUA MENCINTAIMU" insyaAllah..
tapi bagaimana yang dikatakan ikut Nabi Muhammad S.A.W.??? Ikut Nabi Muhammad S.A.W di sini bermaksud kita mengikut sunnah Nabi S.A.W kerana Allah S.WT...
Sunnah Nabi S.A.W yang WAJIB kita ikuti ialah melaksanakan hukum-hukum Islam yang tersedia terkandung dalam kitab suci al-quran.. (shbt2 boleh rujuk surah al-qasas ayat 85)... Namun jikalau kita lihat pada hari ini, sejauh mana negara-negara Islam mengikut sunnah Nabi S.A.W yang tersangat penting ini (WAJIB)???!!sejauh mana???
Wahai manusia!!Ingatlah!!
hukum yang dibuat oleh manusia tidak akan ke mana...tidak akan ke mana...hanya bersifat biasa dan merosakkan umat Islam itu sendiri tanpa disedari...siapakah kita untuk meragui ayat-ayat Allah???!!!!siapakah kita untuk melawan kalamullah????siapakah kita ????adakah hukum yang sedia ada sekarang ini menjamin keselamatan kita...tepuk dada, tanyalah iman masing-masing...
Sunnah ini dipandang enteng oleh golongan -golongan tertentu...Tidakkah terfikir di hati dan benak fikiran kalian akan azab Allah S.W.T...???kita lemah , kita kerdil!!!...jangan angkuh wahai manusia!!kelak kamu akan rugi....
astaghfirullahazim...sedarilah wahai hamba-hamba Allah, hidup kita ini hanya sementara..kematian pasti bertandang....namun siap sediakah kita menghadap Allah S.W.T pencipta sekalian makhluk...?? sudah siap??
ayuh pertingkatkan amal ibadah untuk lebih dekat dgn Allah S.W.T.. ikutilah sunnah Rasulullah, kekasih Allah...=)
salam muhasabah...