SEINDAH MAWAR BERDURI

Friday, May 20, 2011

Pemilik Cintaku




Sudah tentu ada antara sahabat2 kita yang belum membaca buku ini..betul tak??..so, that's why, ana syorkan shbt/iah semua untuk membeli buku ini atau meminjamnye dgn sape2...isi kandungannya sungguh padat, istimewa dan sgt memberi pengajaran kpd kita semua...bacalah dgn mata hati dan telitilah setiap bait2 perkataan yang tertulis dalam buku yang penuh inspirasi ini...insyaAllah boleh diamalkan....ayuh tingkatkan pembacaan, perkasakan amalan...=) sma2 memberi motvasi antara sahabat..

Tertarik dgn bingkisan ini...

buat adik2 remaja yang baru nak mengenali cita,ketahuilah bingkisan dalam buku ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh trut kau miliki......

sekian....





Monday, May 16, 2011

HARGAI DIRIMU..........SELAMAT HARI GURU



nukilan: Subiyana Abd Wahab



Pendidik yang baik ialah pendidik yang beriman

Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah

Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang ketinggian ilmunya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah jemu dan bosan dalam menimba dan mencurah ilmu



Pendidik yang baik ialah yang lunak dalam tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kepada manusia lainnya

Yang mempunyai ramai kawan di serata alam



Pendidik yang baik ialah yang menghormati anak didiknya

Yang sentiasa berbakti kepada masyarakat sekelilingnya

Yang menjaga keharmonian anak bangsanya

Yang mendidik anak bangsa mendalami ilmu pengetahuan

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Pendidik yang baik sentiasa bersedia untuk mencurahkan ilmunya

Yang hidupnya sentiasa mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang anak didiknya ibarat jiwa dan raganya

Yang sentiasa bersujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya



Pendidik yang baik tidak tahu membazirkan masa

Kehidupannya dikelilingi lautan ilmu

Biarpun sudah di usia senja

Digagahi juga demi anak bangsa



Untukmu pendidik yang baik

Untukmu pendidik yang beriman

Doaku moga keikhlasanmu mencurahkan ilmu

InsyaAllah akan dituai hasilnya di akhirat sana…..




Pemenang Pertama

Peraduan Menulis Puisi Edux2000