SEINDAH MAWAR BERDURI

Thursday, January 13, 2011

ciNTa Di MaTA RemAja

CINTAILAH YANG MAHA MENCINTAI

Apa nak jadi dengan manusia,

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

konon setia katanya.


Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.


Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.

Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.

Ada

yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.


Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.


Ada yang kata cinta itu,

C - cinta

I - itu

N - nikmati

T - tubuh

A - anda

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...


Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...


Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.


Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.


Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.


Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

Manusia manusia...


Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.


Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?

Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,


gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...


- Artikel iluvislam.com


Sunday, January 9, 2011

Ade aPe dgn Epal Hijau & PisaNg??


SALAM....
.entri kali ini kita menyentuh topik kesihtn plak ye...=) haaa??ade ape dgn epal hijau n pisang???of course sume dah tau...tau ape???..tau mkn je..ish3..hehe.. kan lebih baek kita tahu kebaikan buah- buahan yg diciptakan Allah ni..sgguh berkhasiat kan..n lebih molek lg kalau kita tahu tentang semua khasiat makanan yg kita ambil...=) Kdg2 kita lupa untuk mengambil tahu makanan-makanan dan buah-buahan seperti ini...


Pepatah Arab menyebutkan:”Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’.



EPAL HIJAU + PISANG : PENAWAR & SUMBER DIET TERBAIK
JOM KITA LIHAT KHASIAT KEDUA-DUA BUAH NI...

Epal Hijau
  • mengandungi jumlah kalori yg rendah (sebiji epal hijau mengandungi 60 kalori shj)
  • mempunyai vitamin A, C dan K, folat, kalsium, dan fitonutrien
  • kandungan serat epal ni membantu sistem pencernaan manusia dlm mengelak masalah sembelit (sape2 yg ade sembelit tu eloklah mkn epal hijau ye)dan merendahkan risiko mendapat kanser kolon...
  • serat ini menyebabkan ada yg beranggapan epal hijau adlh mknan terbaik utk menurunkan berat badan (tp harus diingat epal hijau bukanlah satu-satunya makanan terbaik dlm menurunkan berat badan....mksudnye ade makanan lain lg ye...so, rajin2 lah mengkaji)
  • menjadi ubat preventif terkenal dlm mencegah kanser dan juga penyakit kardiovaskular
saranan : pengambilan diet seharian antara 2 hgga 4 biji epal bagi org dewasa

PISANG (Khasiatnya dlm menyembuhkan penyakit)

Ginjal : penyelidikan yg dijalankan International Journal of Cancer - pengambilan pisang scr rutin mampu mengurangkan risiko terkena kanser buah pinggang sebnk 40%

Tekanan darah tinggi : Pisang mempunyai kadar kalium yg tinggi dan garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah

Penghadaman : ia bergentian tinggi seterusnya membantu menstabilkan usus kecil dan besar


Tulang : membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Ini kerana pisang kaya dengan frutooligosakarida yang merupakan prebiotik buat usus besar anda

Anemia : dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yg scr tak lgsung membantu kes penyakit anemia

ulser : amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia mampu bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

AYUH AMALKAN PEMAKANAN YG SIHAT!!!!!!

(JGN LUPA MAKANAN YG PALING PENTING IAITU KURMA DAN MADU......=)
P/S : Makanan laen pun perlu untuk kita tahu khasiatnya...jgn main makan jer...ok....
GOT IT???

TAKE CARE!!

Sumber : Majalah i SIHAT


Tuesday, January 4, 2011

KITO HIDUP NI UTK GAPO N UTK SAPO EH, ????

Alhamdulillah, walaupun sudah lame x mengepost sbrg artikel slma berbulan2, tp Allah masih mengizinkan jari hamba ini berbicara...asif..
sama2 kita hayati ye...

Satu perkongsian menarik

Dari ustaz hasrizal:
Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI. Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka hargailah sebuah KEHIDUPAN

oleh itu, kito keno tahu bakpo tujue kito ni hidup..utk gapo.??untk sapo???..samo2 kita peroleh MATLAMAT yg JELAS....iaitu HIDUP kite ni adalah untuk MATI....dan sudah tentu kite menginginkan MATI YANG MULIA iaitu MATI SYAHID.. hidup kita ni hanyalah UNTUK ALLAH S.W.T..

sama2 berusaha untuk memperbanykkan amal yg soleh dan meninggalkan amal yg buruk...ameen....

banyakkan menyebut nama pencipta kita Allah S.W.T... Dialah segala-galanya!!..jgn pernah kite meninggalkanya!!....INGATLAH....HIDUP NI HANYA SEKALI..!!!MATI PASTI AKAN TIBA...!!!HARGAILAH SEBAIK-BAIKNYA AGAR KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI....AMEEN..



LARILAH KEPADA ALLAH S.W.T.....JOM SAMA2 PERHEBATKAN AMAL IBADAH KEPADA ALLAH S.W.T...AYUH SAHABAT2KU.... !!!!!